Tuesday, June 21, 2011

AKTIVITI JULAI 2011

Assalamualaikum.


Untuk makluman semua,

pada 17 Jun 2011 jam 9.00 malam bertermpat di rumah rumah abang Jalil satu mesyuarat KRK TKP 24 telah

diadakan.

Di antara perkara yg telah dipersetujui ialah.

1. Tarikh Family day ialah pada 2-3 Julai 2011

2. Hanya 10 keluarga yang akan menyertainya.

3. Waktu berkumpul jam 8.30 pagi dan bertolak secara kovoi ke Cherating jam 9.00 pagi, Check-in jam l/kurang 2.00 ptg

4. Aktiviti : Petang sabtu mandi/manda/bersantai bersama family

Malam : BBQ


Mohon supaya yang terlibat dapat menjelaskan baki bayaran

kepada Abang Jalil dengan secepat mungkin.



5. Disamping itu mesyuarat juga telah bersetuju untuk mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat

sempena sambutan Bulan Ramadhan pada 17 Julai 2011 (Ahad), Jam 7.00 Malam. Majlis dimulai dengan solat

Maghrib diikuti bacaan yasin, solat Isya dan jamuan. Mohon semua warga dijemput hadir dan bergotong

royong dalam menyediakan makanan yg dijangka bermula jam 10 pagi. En. Din akan mengetuai dalam

penyediaan menu, diharap kita semua dapat membatu.


Tq

Wednesday, May 12, 2010

Parking oh Parking!

Isu parking di bandaraya Kuala Lumpur ni, sebenarnya dah lama ..cuma kurang mendapat perhatian..Terutamanya di pusat bandaraya Kuala Lumpur, meang menjadi masaalah kalau nak parking kereta.. kita semua maklum, majoriti parking di Kuala Lumpur ni adalah berbayar... harganya..hem memang melampau mahalnya...

Jangan terkejut, kalau aku kata kereta kat bawah ni sebenarnya juga membayar parking nya...walau pun jelas, ini bukanlah tempat letak kereta ..tapi dek kerana tiada pilihan mungkin kerana parking yg sah Harganya Rm7..atau semua tempat parking yg sah dan selamat dah penuh...sedangkan kalau parking disini cuma Rm3...bayar pada sorang pak cik yg tunggu kat situ...cuma risikonya...inilah dia..bila "mother nature" menunjukkan kuasanya...

3 Pihak terlibat sebenarnya yg menjadi punca kejadian diatas berlaku..
1) Pihak berkuasa
Kalau lah mereka menjalankan tugas mereka dengan tegas, cekap dan amanah...bertugas dengan penuh integriti dalam melaksanakan penguatkuasaan..tak mungkin pemilik kenderaan ini berani untuk meletak keretanya disini...tapi ternyata penguatkuasaan lemah...terlalu lemah sebenarnya untuk memastikan pemilik kenderaan ini tidak meletak kenderaannya disini.. begitu juga penguatkuasaan keatas pengutip parking haram disini..kalaulah pihak berwajib lebih tegas, merka tentu tidak berani menjalankan aktiviti mereka disini.

Begitu juga dengan Pihak Kerajaan...kalaulah mereka mengawal harga bayaran parking sebagai mana mereka mengawal harga ayam...tentu harga parking kereta di Kuala Lumpur nie taklah tinggi melampau-lampau macam sekarang...

2)Pakcik yg kutip duit parking haram.
Pakcik nie pun satu..kawasan ini adalah belakang sebuah hotel, dah tentunya kawasan ini bukan miliknya..tetapi setiap pagi aku perhatikan dia dengan selambanya duduk disitu, mengahampiri setiap pemilik kenderaan yang hendak parking disini Rm 3. servisnya,sekadar meletak batu dibawah tayar kereta agar kereta tidak mengelungsur kebawah bukit. Err atau mungkin sebagai bayaran untuk kekebalan dari saman pihak berkuasa...yang pasti, setiap hari lebih dari 20 biji kereta parking di kawasan ini..kira lah sendiri berapa income pakcik ni tiap-tiap hari...

3)Tuan punya kereta ini sendiri...
Kalau lah pemilik kenderaan ini lebih berdisiplin dan punya kesedaran sivik..iaitu, pemikiran bahawa..."tempat ini bukan tempat parking, jadi aku x boleh parking disini, walaupun punya ruang yg cukup untuk meletak kereta." mungkin nasib keretanya tidak begini...
secara mudahnya...
kawasan parking banyak+ harga bayaran parking berpatutan=parking haram tiada..pengutip parking haram tiada, kejadian sebegini boleh di elakkan.

sekian tulisan aku...

Tuesday, May 11, 2010

XPDC Bukit Tabuh 8/5/2010

Location Bukit Tabuh, Tmn Melawati , Kuala Lumpur

Trip kali nie dirancang oleh Aishah dan Eyna...beriya iya diaorang racun aku...bukan tak mau..tapi aku x yakin dgn diri sendiri sebab Trekking biasa lalui (aku org kampung) tapi Climbing haram tak penah try....so aku taku pancit ditengah jalan malu wooo...

Tapi dek kerana hari hari kena racun + bakar oleh beboduk 2 rang nie, maka aku pun termakan lah racun diarong...aku setuju menyahut cabaran diaorang..walau dalam hati dok tertanya tanya boleh ke aku...Berat dah naik..fitness takde...dibuatnya cramp ke kaki aku...pitam ke...kan susah...

namun, aku kuatkan semangat, bulatkan tekad, aku ikut jugak diaorang pagi tu... maka terhasillah gambar-gambar dibawah...









Jutaan terima kasih buat Bro Azzat dan Azwin sebab sudi tunjuk jalan turun yg agak senang supaya mudah kami turun...nanti kita trekking sekali lagi ye bro....

Wednesday, May 5, 2010

Penghargaan Untuk Jabatan Perhilitan Lipis/Pahang

Salam..
hari aku nak cerita tentang gangguan monyet/kera dan cara mengatasinya.. bagi org kampung atau pekebun, yg ada tanam pokok-pokok buah mesti sakit hati bila hasil tanaman mcm buat Rambutan/Durian, mereka habis dimakan monyet..kekadang tak dapat merasa makan pun diaorang dah sebat dulu..

sebagai balasan, monyet-monyet tersebut akan dihukum mati iaitu secara ditembak, atau racun..sebenarnya aku sendiripun baru tau bahawa ada cara lain untuk mengatasi masalah monyet nie, dan aku rasa kebanyakan orang tak tahu... pernah aku cakap dalam post sebelum nie, telur ayam aku habis di makan oleh monyet nie..bila telur ayam kami habis disapu oleh monyet mula lah terasa marah sebab tak ditinggalkan walau sebijik pun untuk aku...

Dah jenuh tembak...dah lebih 10 ekor mati masih juga datang.. dah diracun...ada juga datang lagi...sampai satu hari aku terpikir..kalau Rimau/gajah masuk atau musnahkan tanaman report kat Jabatan perhilitan diaorang akan datang tangkap.... agak-agak kalau monyet mereka boleh tolong tak??.. lalu bapak aku pun cuba lah report kat Jab. Perhilitan...tak sangka memang ada servis tu rupanya..tak sampai seminggu, satu perangkap monyet dihantar kebelakang reban ayam kami...memang respek lah kat Jabatan Perhilitan Lipis nie..

Perangkap setinggi 8 kaki diletak kat belakang reban ayam..

gambar penuh perangkap monyet jabatan perhilitan

Alhamdulillah, dengan perangkap bersaiz saiz ni, satu koloni berjaya ditangkap...dan gangguan monyet hampi tiada lagi...jutaan terima kasih dan Penghargaan Untuk Jabatan Perhilitan Lipis/Pahang

sekian

Tuesday, May 4, 2010

Kisah Mat Jenin

Salam...
memang agak lama aku meniggalkan blog aku nie..terlalu sibuk dgn tugasan harian sebenarnya..alhamdulillah, aku dapat jugak curi masa sekejap utuk update blog aku nie.. sebab ada projek baru yg aku tgh buat share kat sini...

Tajuk "kisah Mat jenin " diatas aku pilih utk post aku kali nie, sebab aku rasa agak relevan dgn projek aku sekarang..segalanya bermula bila bapak aku mula menjual sukudaripada tanahnya itu, atas alasan, anak-anaknya tak berminat nak balik kampung dan jaga hartanya nanti...lalu, atas nasihat Mak aku supaya buat sesuatu supaya selamatkan baki yang ada, maka aku buat keputusan untuk mengusahakan tanah bapak aku dikampung, yang tak lah seluas mana...tapi kalau dapat kat bangsa lain(tau ajelah bangsa mana) mesti dah diusahakan sepenuhnya dan banyak hasilnya...tanah bapak aku tu bukanlah terbiar..didalamnya ditanam dgn berbagai pokok buahan...cuma hasilnya tak seberapa..sebab tak dibaja secukupnya..dan kalau berbuah pun, terbiar untuk makanan monyet dan tupai aje..

Pada 26 Feb 2010, Dengan berbekalkan duit dalam tangan, cuma Rm 600, aku ajak adik ipar aku untuk menjalankan projek Ternakan Ayam Kampung, Dengan semangat yang ada, kami mula menyelongkar belakang rumah mak aku, untuk mencari bahan-bahan membuat reban ayam kami...maka bermulalah episod baru dalam hidup kami, sebagai penternak ayam kampung..mak aku dilantik sebagai pengurus ladang..hee...





Inilah rupa reban kami yang pertama hasil kerja keras tangan aku dan adik ipar aku..walau tak secantik mana, tapi boleh ler...

Kami terpaksa tutup sepenuhnya macam Bird park sebab gangguan monyet ...

Bila nampak aku dan adik ipar bersungguh-sungguh berusaha, bapak aku pun bagi support dgn membantu mengeluarkan modal untuk buat reban kedua yang lebih cantik...thanks abah...

Dengan duit yang ada juga, kami berjaya mendapatkan 20 ekor induk ayam kampung...dibeli dari org kampung..ada yang dibeli dari peraih ...susah juga nak dapat baka ayam kampung nie...

Free range chicken.
Ayam kami dibela secara free range...bebas bermain dan makan dikawan keliling reban..

Lepas sebulan, lebih kurang tengah bulan 3, ada ayam yang dah mula bertelur..

Alhamdulillah, selepas berjaya mengatasi masalah monyet, telur ayam kami makin bertambah..

1 may 2010 hari tu,kami nak mencuba pula menternak anak ayam kacuk..patutnya kami mula dengan 100 ekor anak ayam kacuk...tapi pembekal di K.L boleh lupa pulak aku booking dgn dia..walau sebulan sebelum dah place booking, pastu seminggu sebelum kompem lagi, 2 hari sebelum kompem lagi...dah set ngan time nak jumpa semua... 18 jam sebelum waktu yg di janjikan, dia boleh kata dia lupa??? habis rosak plan aku rugi aje pinjam keta khas untuk bawak anak ayam tu balik ke Kuala Lipis dari K.l..

pikir punya pikir, kami call bapak sedara aku kat jerantut, roger dia suruh cari anak ayam kat jerantut..alhamdulillah dapat jugak walaupun 50 ekor aje..so next time kami akan beli di jerantut aje..qualiti anak ayam pun bagus...dah seminggu sekor pun x mati lagi...harga pun murah x mcm k.l nie mahal nak mampus...

sekian.

Wednesday, August 12, 2009

Akhirnya Adikku kawin jugak..

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni...terasa rindu pulak rasanya nak sambung balik blogging nie..bukan apa..cuma tiada kesempatan langsung nak online dan membebel kat blog mcm dulu..dulu..kerja harian aku sibuk sangat sekarang nie...

Ok..sabtu lepas, 8/8/2009 adik aku selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan dia sendiri...alhamdulillah..semuanya dah selamat dan berjalan lancar...Tahniahye dik...akhirnya ko kawin jugak...

Aku sendiri sebagai abg sulung balik 4 hari lebih awal..dengan niat nak menolong mak bapak aku...iyelah...tolong mana-mana yg patut...terima kasih buat sanak saudara sepupu-sepapat, dan jiran sekampung yg sudi menyumbang tenaga, bersama-sama menjayakan majlis kami sepanjang 2 hari tu...letihnya tuhan aje yg tahu..Doa aku buat adik, semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat...

Amin..