Wednesday, May 12, 2010

Parking oh Parking!

Isu parking di bandaraya Kuala Lumpur ni, sebenarnya dah lama ..cuma kurang mendapat perhatian..Terutamanya di pusat bandaraya Kuala Lumpur, meang menjadi masaalah kalau nak parking kereta.. kita semua maklum, majoriti parking di Kuala Lumpur ni adalah berbayar... harganya..hem memang melampau mahalnya...

Jangan terkejut, kalau aku kata kereta kat bawah ni sebenarnya juga membayar parking nya...walau pun jelas, ini bukanlah tempat letak kereta ..tapi dek kerana tiada pilihan mungkin kerana parking yg sah Harganya Rm7..atau semua tempat parking yg sah dan selamat dah penuh...sedangkan kalau parking disini cuma Rm3...bayar pada sorang pak cik yg tunggu kat situ...cuma risikonya...inilah dia..bila "mother nature" menunjukkan kuasanya...

3 Pihak terlibat sebenarnya yg menjadi punca kejadian diatas berlaku..
1) Pihak berkuasa
Kalau lah mereka menjalankan tugas mereka dengan tegas, cekap dan amanah...bertugas dengan penuh integriti dalam melaksanakan penguatkuasaan..tak mungkin pemilik kenderaan ini berani untuk meletak keretanya disini...tapi ternyata penguatkuasaan lemah...terlalu lemah sebenarnya untuk memastikan pemilik kenderaan ini tidak meletak kenderaannya disini.. begitu juga penguatkuasaan keatas pengutip parking haram disini..kalaulah pihak berwajib lebih tegas, merka tentu tidak berani menjalankan aktiviti mereka disini.

Begitu juga dengan Pihak Kerajaan...kalaulah mereka mengawal harga bayaran parking sebagai mana mereka mengawal harga ayam...tentu harga parking kereta di Kuala Lumpur nie taklah tinggi melampau-lampau macam sekarang...

2)Pakcik yg kutip duit parking haram.
Pakcik nie pun satu..kawasan ini adalah belakang sebuah hotel, dah tentunya kawasan ini bukan miliknya..tetapi setiap pagi aku perhatikan dia dengan selambanya duduk disitu, mengahampiri setiap pemilik kenderaan yang hendak parking disini Rm 3. servisnya,sekadar meletak batu dibawah tayar kereta agar kereta tidak mengelungsur kebawah bukit. Err atau mungkin sebagai bayaran untuk kekebalan dari saman pihak berkuasa...yang pasti, setiap hari lebih dari 20 biji kereta parking di kawasan ini..kira lah sendiri berapa income pakcik ni tiap-tiap hari...

3)Tuan punya kereta ini sendiri...
Kalau lah pemilik kenderaan ini lebih berdisiplin dan punya kesedaran sivik..iaitu, pemikiran bahawa..."tempat ini bukan tempat parking, jadi aku x boleh parking disini, walaupun punya ruang yg cukup untuk meletak kereta." mungkin nasib keretanya tidak begini...
secara mudahnya...
kawasan parking banyak+ harga bayaran parking berpatutan=parking haram tiada..pengutip parking haram tiada, kejadian sebegini boleh di elakkan.

sekian tulisan aku...

No comments: