Tuesday, May 4, 2010

Kisah Mat Jenin

Salam...
memang agak lama aku meniggalkan blog aku nie..terlalu sibuk dgn tugasan harian sebenarnya..alhamdulillah, aku dapat jugak curi masa sekejap utuk update blog aku nie.. sebab ada projek baru yg aku tgh buat share kat sini...

Tajuk "kisah Mat jenin " diatas aku pilih utk post aku kali nie, sebab aku rasa agak relevan dgn projek aku sekarang..segalanya bermula bila bapak aku mula menjual sukudaripada tanahnya itu, atas alasan, anak-anaknya tak berminat nak balik kampung dan jaga hartanya nanti...lalu, atas nasihat Mak aku supaya buat sesuatu supaya selamatkan baki yang ada, maka aku buat keputusan untuk mengusahakan tanah bapak aku dikampung, yang tak lah seluas mana...tapi kalau dapat kat bangsa lain(tau ajelah bangsa mana) mesti dah diusahakan sepenuhnya dan banyak hasilnya...tanah bapak aku tu bukanlah terbiar..didalamnya ditanam dgn berbagai pokok buahan...cuma hasilnya tak seberapa..sebab tak dibaja secukupnya..dan kalau berbuah pun, terbiar untuk makanan monyet dan tupai aje..

Pada 26 Feb 2010, Dengan berbekalkan duit dalam tangan, cuma Rm 600, aku ajak adik ipar aku untuk menjalankan projek Ternakan Ayam Kampung, Dengan semangat yang ada, kami mula menyelongkar belakang rumah mak aku, untuk mencari bahan-bahan membuat reban ayam kami...maka bermulalah episod baru dalam hidup kami, sebagai penternak ayam kampung..mak aku dilantik sebagai pengurus ladang..hee...





Inilah rupa reban kami yang pertama hasil kerja keras tangan aku dan adik ipar aku..walau tak secantik mana, tapi boleh ler...

Kami terpaksa tutup sepenuhnya macam Bird park sebab gangguan monyet ...

Bila nampak aku dan adik ipar bersungguh-sungguh berusaha, bapak aku pun bagi support dgn membantu mengeluarkan modal untuk buat reban kedua yang lebih cantik...thanks abah...

Dengan duit yang ada juga, kami berjaya mendapatkan 20 ekor induk ayam kampung...dibeli dari org kampung..ada yang dibeli dari peraih ...susah juga nak dapat baka ayam kampung nie...

Free range chicken.
Ayam kami dibela secara free range...bebas bermain dan makan dikawan keliling reban..

Lepas sebulan, lebih kurang tengah bulan 3, ada ayam yang dah mula bertelur..

Alhamdulillah, selepas berjaya mengatasi masalah monyet, telur ayam kami makin bertambah..

1 may 2010 hari tu,kami nak mencuba pula menternak anak ayam kacuk..patutnya kami mula dengan 100 ekor anak ayam kacuk...tapi pembekal di K.L boleh lupa pulak aku booking dgn dia..walau sebulan sebelum dah place booking, pastu seminggu sebelum kompem lagi, 2 hari sebelum kompem lagi...dah set ngan time nak jumpa semua... 18 jam sebelum waktu yg di janjikan, dia boleh kata dia lupa??? habis rosak plan aku rugi aje pinjam keta khas untuk bawak anak ayam tu balik ke Kuala Lipis dari K.l..

pikir punya pikir, kami call bapak sedara aku kat jerantut, roger dia suruh cari anak ayam kat jerantut..alhamdulillah dapat jugak walaupun 50 ekor aje..so next time kami akan beli di jerantut aje..qualiti anak ayam pun bagus...dah seminggu sekor pun x mati lagi...harga pun murah x mcm k.l nie mahal nak mampus...

sekian.

No comments: